KHAIZ EMPIRE ditubuhkan pada Febuari 2013 dengan status 100% milik bumiputera. Perniagaan utama yang dijalankan oleh KHAIZ EMPIRE adalah terdiri daripada memberikan perkhidmatan-perkhidmatan secara online dan offline berkaitan pemasaran digital serta bengkel latihan yang berkaitan.
KHAIZ EMPIRE menyediakan perkhidmatan yang praktikal, berteknologi tinggi dan mesra pengguna kepada klien-klien seperti badan-badan kerajaan, korporat, IKS dan sebagainya. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang Khaiz Empire jalankan adalah termasuk pembikinan video pemasaran,laman web, video animasi, muzik video, penyedia domain & hosting, reka bentuk grafik, pemasaran facebook, pemasaran email dan banyak lagi. Semenjak penubuhannya KHAIZ EMPIREyakin bahawa syarikat akan dapat memberikan dan mengambil peluang dominan di dalam pasaran dan fokus untuk membantu menjayakan projek-projek dari semua pihak.