Hai nama saya Adzlin Datu Ugis, anda boleh panggil saya Win. Kepakaran kami adalah membantu peminat-peminat bundle yang nak mendapatkan info, tips dan kaedah keusahawanan bundle. Dengan pengalaman menjadi usahawan bundle lebih 10 tahun, saya sudah try banyak teknik marketing dan cara nak naikkan dunia bundle khasnya di Sarawak. Niat saya nak bantu peminat bundle dapatkan barangan keperluan bundle saya buat secara agresif dengan cara membuka kedai dan kilang bundle, membawa masuk ribuan pasang kasut setiap bulan, display dan buka ratusan guni bundle setiap bulan. Jadi anda boleh bayangkan kesungguhan kami dalam memberi yang terbaik dan membuat dunia bundle dikenali. Saya juga membuat promosi seperti video dan live video secara kerap, tidak lain tidak bukan semata-mata nak bagi orang nampak kebaikan barangan bundle ni sahaja. Kami nak ramai bergaya tanpa perlu berbelanja lebih sekiranya anda bijak memilih pakaian dari kedai-kedai bundle berhampiran anda. Salam Bundle dari saya SifuWin