Pertubuhan ini adalah satu badan NGO yang dianggotai oleh individu atas kapasiti individu. Tiada mana-mana ahli memasuki pertubuhan ini sebagai wakil mana-mana tarekat.
Oleh itu PERTAMA bukan satu badan NGO yang menggabungkan semua tarekat tetapi hanya satu NGO yang dianggotai oleh kepelbagaian pengamal tarekat.
Tujuan kami semua adalah untuk mencari kebaikan dan juga Insha Allah dapat mengarusperdanakan amalan-amalan tarekat dalam masyarakat demi pembangunan negara.
Usaha sedang berjalan untuk bergerak ke arah mewujudkan satu Majlis Sufi Negara dengan kerjasama semua aliran tarekat, para akademik dan agensi kerajaan seperti JAKIM dan yang berkaitan demi berbakti kerana Allah S.W.T. Majlis ini akan bertindak sebagai badan rujukan dan boleh memberi garispanduan pembangunan institusi tarekat.